Manifesto Diri

Labuhkan tirai hadapan
Lebarkan segala harapan
Agar tak hilang dahaga kelaparan
Moga tak sakit semena-mena
Derita perit tak mahu dirasa
Mahu dibuang segala bisa

Semua mahukan cinta
Semua mahukan bahagia
Semua mahukan senyuman bermakna
Tapi pernahkah kita bertanya
Takat mana kita usaha untuk semuanya?
Mungkin tak pernah cukup katanya

Tak lama pun aku ada
Macam kamu aku hanya ada sementara
Aku cuba juga berlari, terbang ke sana
Kadang ada juga aku tersungkur
Walaupun dalam diam, aku akur
Walaupun badan kadang terkujur

Zahirnya aku sihat, aku tahu
Dalamannya hanya Allah saja tahu
Omong seperti tahu setiap penjuru
Tapi bukan aku cuma mengingatkan
Semua pun ada aral dilalui bukan
Semua pun ada dugaan

Berbondong jiwa meronta masuk
Mungkin aku keliru sungguhpun dikutuk
Bukan nawaitu untuk menghiris rusuk
Cuma mahukan nafas baru yang segar
Untuk bersihkan ego yang tegar
Agar diri ini tidak dipagar

Aku bukan sebarang adiwira
Seperti kamu aku juga hambaNya
Aku juga mahu revolusi jiwa raga
Sungguh aku tak larat hidup dalam kejahilan
Yang penting semua ada pengajaran
Moga Allah redha aku dan kalian.

Comments

Popular posts from this blog

God damn you're beautiful

wonder

whyyyy