iris mata
Aku sering lupa
Dunia ini bukan pasal aku sahaja
Hidup dengan orang ramai
Jangan kau buat perangai
Semua pun sakit
Bukan kau seorang
Semua pun berasa perit
Tapi tak perlu perhatian orang
Dalam setiap kesakitan
Sudah pasti aku juga menyakiti
Dalam setiap kesusahan
Pasti juga ada aku menyusahkan
Pada yang masih teguh berdiri
Kau memang istimewa
Masih percaya akan diri yang rapuh
Walau kadang menghilang tak dikhabar
Pada yang lari tinggalkan aku
Aku tak punya kudrat betulkan keadaan
Aku tahu aku juga yang bersalah
Tapi kau pun kena tahu kau juga ada salah
Pada yang hanya tenung aku dari jauh
Aku hanya macam kamu
Darah sama merah, hirup oksigen macam kamu
Jangan ingat aku lain, tak aku tak lain
Aku akui hidup aku bergelora
Selalu ada atas bawah tepi depan
Aku pun ada buat dosa, bukan malaikat
Aku pun masih merangkak belajar untuk hidup
macam kamu, aku juga mahu peluang.
Comments
Post a Comment