Manifesto Diri
Labuhkan tirai hadapan Lebarkan segala harapan Agar tak hilang dahaga kelaparan Moga tak sakit semena-mena Derita perit tak mahu dirasa Mahu dibuang segala bisa Semua mahukan cinta Semua mahukan bahagia Semua mahukan senyuman bermakna Tapi pernahkah kita bertanya Takat mana kita usaha untuk semuanya? Mungkin tak pernah cukup katanya Tak lama pun aku ada Macam kamu aku hanya ada sementara Aku cuba juga berlari, terbang ke sana Kadang ada juga aku tersungkur Walaupun dalam diam, aku akur Walaupun badan kadang terkujur Zahirnya aku sihat, aku tahu Dalamannya hanya Allah saja tahu Omong seperti tahu setiap penjuru Tapi bukan aku cuma mengingatkan Semua pun ada aral dilalui bukan Semua pun ada dugaan Berbondong jiwa meronta masuk Mungkin aku keliru sungguhpun dikutuk Bukan nawaitu untuk menghiris rusuk Cuma mahukan nafas baru yang segar Untuk bersihkan ego yang tegar Agar diri ini tidak dipagar Aku bukan sebarang adiwira Seperti kamu aku juga hambaNya Ak