hati degup kencang

adalah satu dusta kalau aku tidak takut
adalah satu helah kalau aku tidak gentar
tidak juga aku pasti
siapa yang akan aku jadi nanti
penglipurlara yang meluahkan rasa
pembina angan mat jenin
penulis yang telus mungkin
tidak pun aku jadikan mimpi realiti
atau mungkin
sekadar hidup membabi buta
siapa tahu selain Dia
tapi yang pasti
aku adalah sutradara filem aku
memang hidup tidak indah
tapi tidak semestinya
ianya tidak boleh dipercantik
atau diperelok
aku sahaja yang mampu

dengan izinNya.

Comments

Popular posts from this blog

God damn you're beautiful

whyyyy